Tuesday 11 September 2012

resepi pavlova

Assalamualaikum..

Pertama sekali,aku nak bagitahu sikit..pic yang aku upload ni semua nya berbeza tarikh dan membikinan nya..hahaha..sebab aku ni nak update blog susah sikit kena tunggu datang ofis baru lah boleh transfer gambar kat desktop pc ni hah...sebab dah 3bulan laptop masuk wad..huhuhu :( rindu rasanya dekat laptop ku..ok,citer sebenarnye aku nak cakap pasal povlova ni,leh plk meleret citer pasal laptop..hahahaha..

resepi ni aku amik dari kak ana sebab kak ana tunjukkan satu persatu cara-cara membuatnya..so kalau nak tahu resepi nye,boleh la ke blog kak ana ni..mula-mula nk buat memang la susah kan sebab memang first time je semua ni..tapi Alhamdulillah,menjadi juga..tapi agak manis la ya,alau tak nak manis kita kurang kan la gula nye sebab nanti "ROSAK GIGI" hahahaha..


 selepas hias dgn strawberry & kiwi..


PAVLOVA

Bahan-bahan  ;

# 4 biji telur [ bukan yang disimpan di dalam peti sejuk ]
# 1 cawan gula kastor boleh kurangkan manis guna 3/4 cawan
# 1 sudu besar tepung jagung
# 1/2 sudu kecil cuka makan - jenama tamin
# 1/2 sudu kecil esen vanilla

** sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebiih dahulu dengan kadar kepanasan 140'C..guna api atas bawah..
** apabila hendak masak barulah turunkan pada suhu 120-100'C..seeloknya guna 110'C..

Cara-cara ;

1. asingkan dahulu putih dan kuning telur..ambil putih telur sahaja..kemudian putarkan telur pada kelajuan max terus, sampai kembang/gebu ( soft peaks )
** kalau nak tahu dah soft peaks, telangkupkan mangkuk tu..putih telur tadi tidak akan jatuh..

2. masih mengekalkan tahap putaran max,kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikt dan masih lagi putarkan nya..

3. putar sampai kental dengan tahap max..kemudian masukkan tepung jagung ke dalam adunan tersebut..putar lagi 3minit..

4. **kemudian tak payah pakai mixer lagi,sekarang ni pakai senduk kayu/spatula untuk gaul esen vanilla dan cuka.. dengan menggunakan spatula pula,masukkan esen vanilla dan cuka..gaul pada 1 arah shaja..sampai sebati..

5. seterusnya sediakan layang pembakar,lapikkan dengan baking paper dan tuan adunan tadi ke atas baking paper..bahagikan pada 2 bahagian,hasilnya dapat la 2 pavlova..make sure jangan bentukan adunan tu terlalu tebal @ nipis..kra sedang2 je la,supaya tengah2nya masak..sila bentukkan tinggi di tepi dan rendah di tengah2..
6. masukkan dalam oven, letak kat rak tengah2..suhu antara 120-100'C  bakar selama 1jam 15minit..proses pembakaran bergantung pada jenis oven..nak tahu pavlova dah masak ke belum, kulitnya garing diluar dan lembut di dalam..bila dah cukup 1jm 15minit, sila jangan keluarkan pavlova tu dari oven..biar sekejap pavlova sejuk dalam oven tu dengan keadaan pintu oven sedikit renggang..biar dalam oven 10minit pastu barulah dikeluarkan..

Bahan kedua : Topping

# 1 cawan @ 250ml whipping cream - jangan beli sebarang whipping cream..tak semua whipping cream sesuai..make sure beli jenis yang Non Dairy [ bukan tenusu ]..beli dekat kedai bakery jenama RICH'S make sure untuk CAKE & DESSERT TOPPING..
# buah-buahan sebagai hiasan - kiwi,strawberry..[ anggur hitam,pisang dll. ]

Cara-cara ;

1. putar whipping cream dengan kelajuan tinggi..putar sampai kental..dalam 10-15minit jugak kot..

2. sementara menunggu whipping cream kental..boleh lah potong buah-buahan yang nak diletakkan nnt..

3. berhati-hati semasa mengalihkan pavlova ke dalam pinggan kerana ianya lembut macam mashmallow..

4. kemudian boleh lah letak whipping cream dan buah-buahan..dan sedia di hidangkn..


selepas kena bedal dengan ank buah aku..hahaha..



Sekian.
abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

2 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah kalo de kesempatan..sbb abby xbrape suka povlova coz manissssss...hehehe..

      Delete