Sunday 23 September 2012

resepi kek coklat moist

seperti biasa..aku salin resepi ni dari kak ana..terima kasih sebab sudi share ilmu pada semua orang..





KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

Bahan-bahan kek coklat ;
1.  * 2 cawan tepung gandum jenama ikut suka,abby pakai tepung 1 Malaysia jew..
    2.   * 2 cawan serbuk koko jenama Van Houten
    3.   * 1 sudu kecil baking powder
    4.   * 1 sudu kecil soda of bicarbonate abby letak ½ sudu kecil shj
    5.   1 ½ buttercup [ 250gm buttercup + 125gm buttercup ]
    6.   1 tin susu cair jenama IDEAL
    7.   2 cawan gula kastor bukan gula yang buat air tu ya..
    8.   1 sudu kecil esen vanilla
    9.   4 biji telur [ kalau telur besar guna 3 biji shj ]
  10.   1 sudu kecil coklat emulco [ kalau xde pun xpe ]

# Semua bahan yang bertanda * haruslah di ayak dahulu dan letakkan dalam 1 bekas yg sme…

Bahan-bahan membuat ganache ;

    1.   300gm coklat masakan – abby letak 250gm jew..
    2.   150ml whipping cream – jenama UHT / Emborg
    3.   1 sudu besar buttercup

    Bahan Hiasan : Coklat rice secukupnya


Cara-cara menyediakan kek coklat ;

 v  Sediakan periuk dan panaskan,sila guna api kecil @ sederhana,dan abby gunakan senduk kayu..masukkan 1 ½ buttercup,kacau sehingga butter tu larut..

 v  Setelah itu,masukkan susu cair..dalam masa yang sama teruskan mengacau..setelah sebati,sila masukkan gula kastor plk..kacau sehingga sebati =)

 v  Kemudian masukkan esen vanilla dan coklat emulco..kacau sebati,tutup api dan letakkan ditepi dahulu..

 v  Dekat bekas/mangkuk/cawan sila ketuk telur tersebut..jangan ketuk telur beriya sangat macam nak buat telur dadar tu,hanya sekadar Nampak kembang shj..kemudian tuangkan sedikit2 ke dalam periuk tadi..

 v  Masukkan tepung2 yang di ayak tadi [ tepung gandum + serbuk koko + soda bicarbonate + baking powder ] ke dalam periuk tadi dengan mengambil sedikit2 tepung ke dalam adunan dan gaul dengan whisker..buat begitu sehingga tepung tersebut habis..kacau sebati..

 v  Panaskan terlebih dahulu kukus tu,pastikan air mencukupi..setelah itu boleh la letakkan adunan yang telah di gaul dengan sebati tadi dalam Loyang [ abby guna Loyang bulat 7” ,jadi terpaksa buat 2x ] buh adunan tu dalam ½ daripada Loyang tersebut kerana kek ni akan naik tinggi..dan sila balut dengan aluminum foil pada Loyang tersebut @ balut pada tutup kukus tu dengan kain, bagi mengelakkan wap air kukus tu termasuk pada kek..

 v  Kukus mengambil masa dalam 1 jam @ lebih..sekiranya selepas 1 jam tadi kek tak berapa masak lagi, sila tambah masa kukusan sehingga kek coklat itu masak sepenuhnya..

Cara-cara membuat Ganache

 Ø  Untuk cairkan coklat masakkan perlu menggunakan kaedah double boiler, pastu masukkan butter..kacau sampai larut..

 Ø  Pastu barulah tuangkan whipping cream..

 Ø  Apabila siap,boleh lah tuangkan atas kek..

 Ø  Letakkan kek atas redai [ atas jaring2 besi ]  pastu baru tuang coklat ganache..pastu pindahkan atas cake board..kalau tiada cake board letak lah   atas pinggan yang rata supaya senang dipotong..

 Ø  Sedia dihidangkan.. [ kalau nak hiaskan dengan buah-buahan @ whipping cream segera pun boleh ]

j
 Sekian. selamat mencuba =)

abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

No comments:

Post a Comment