Thursday 27 September 2012

sayangi mata anda

Assalamualaikum..


 gambar copy dari google

aku nak becerita topik kanta lekap yang ala-ala K-POP daripada KOREA tu..sebab baru-baru ni dekat berita TV3 ada keluar dan di myMetro pun ada juga..agak-agak nya kalau ada sesiapa memakai kanta lekap yang berbunga-bunga dan bercorak-corak tu TOLONG HENTIKAN!!! kerana mata kita yang di anugerahkan oleh TUHAN adalah yang sempurna dan cantik..



 gambar copy dari google


pada entri yang di bawah ini pula,Sumber daripada blog kak ros ..


Banyak orang suka pakai KANTA lekap ni...ada yang pakai pasai rabun dan ada yang pakai untuk nampak cantik...Kita nak pakai apa pun mesti lah kena tau cara2 dan penjagaannya betoi...Kualitinya dan kebersihannya pun amat penting supaya mata kita selamat daripada perkara2 yang tak diingini....




Kanta lekap adalah kanta yang dipakai terus pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi.



Terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu keras, separa keras dan lembut. Bagi kanta lekap
keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satu lapisan cecair air mata. Kanta lekap
lembut, ia hampir bersentuhan atau melekap pada lapisan epitelium kornea mata. 

KEGUNAAN KANTA LEKAP


1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata. 

2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.

3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.

RISIKO KANTA LEKAP
 

Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.

Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1- IRITASI

Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.

Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

2 - PENGURANGAN OKSIGEN

Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.

Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.

3 - MATA MERAH

Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.

Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP

1 SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.

Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.

Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

2 ALAHAN

Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.

Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.

Rawatan: 
Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

3 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.

Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.

Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

4 KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.

Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.

Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

5 INFILTRATES

Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.

Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.

Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

6 JANGKITAN

Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.

Gejala:
 Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.

Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

7 MICROBIAL KERATITIS

Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.

Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.

Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.

8 VASKULARISASI KORNEA

Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.

Gejala: 
Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.

9 GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)

GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.

Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.

Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.

Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.

Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda….

TIPS MEMBERSIH KANTA LEKAP

1. Cuci tangan bersih-bersih dan keringkannya terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap.

2. Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan

3. Jangan sembarangan memakai larutan pembersih kerana produk pembersih yang tidak tepat dapat membahayakan mata

4.
 Sewaktu membersih kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan

5.
 Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang sedia mengandungi agen pembasmi kuman atau disinfektan 

6. Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.


abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

Sunday 23 September 2012

resepi kek coklat moist

seperti biasa..aku salin resepi ni dari kak ana..terima kasih sebab sudi share ilmu pada semua orang..





KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

Bahan-bahan kek coklat ;
1.  * 2 cawan tepung gandum jenama ikut suka,abby pakai tepung 1 Malaysia jew..
    2.   * 2 cawan serbuk koko jenama Van Houten
    3.   * 1 sudu kecil baking powder
    4.   * 1 sudu kecil soda of bicarbonate abby letak ½ sudu kecil shj
    5.   1 ½ buttercup [ 250gm buttercup + 125gm buttercup ]
    6.   1 tin susu cair jenama IDEAL
    7.   2 cawan gula kastor bukan gula yang buat air tu ya..
    8.   1 sudu kecil esen vanilla
    9.   4 biji telur [ kalau telur besar guna 3 biji shj ]
  10.   1 sudu kecil coklat emulco [ kalau xde pun xpe ]

# Semua bahan yang bertanda * haruslah di ayak dahulu dan letakkan dalam 1 bekas yg sme…

Bahan-bahan membuat ganache ;

    1.   300gm coklat masakan – abby letak 250gm jew..
    2.   150ml whipping cream – jenama UHT / Emborg
    3.   1 sudu besar buttercup

    Bahan Hiasan : Coklat rice secukupnya


Cara-cara menyediakan kek coklat ;

 v  Sediakan periuk dan panaskan,sila guna api kecil @ sederhana,dan abby gunakan senduk kayu..masukkan 1 ½ buttercup,kacau sehingga butter tu larut..

 v  Setelah itu,masukkan susu cair..dalam masa yang sama teruskan mengacau..setelah sebati,sila masukkan gula kastor plk..kacau sehingga sebati =)

 v  Kemudian masukkan esen vanilla dan coklat emulco..kacau sebati,tutup api dan letakkan ditepi dahulu..

 v  Dekat bekas/mangkuk/cawan sila ketuk telur tersebut..jangan ketuk telur beriya sangat macam nak buat telur dadar tu,hanya sekadar Nampak kembang shj..kemudian tuangkan sedikit2 ke dalam periuk tadi..

 v  Masukkan tepung2 yang di ayak tadi [ tepung gandum + serbuk koko + soda bicarbonate + baking powder ] ke dalam periuk tadi dengan mengambil sedikit2 tepung ke dalam adunan dan gaul dengan whisker..buat begitu sehingga tepung tersebut habis..kacau sebati..

 v  Panaskan terlebih dahulu kukus tu,pastikan air mencukupi..setelah itu boleh la letakkan adunan yang telah di gaul dengan sebati tadi dalam Loyang [ abby guna Loyang bulat 7” ,jadi terpaksa buat 2x ] buh adunan tu dalam ½ daripada Loyang tersebut kerana kek ni akan naik tinggi..dan sila balut dengan aluminum foil pada Loyang tersebut @ balut pada tutup kukus tu dengan kain, bagi mengelakkan wap air kukus tu termasuk pada kek..

 v  Kukus mengambil masa dalam 1 jam @ lebih..sekiranya selepas 1 jam tadi kek tak berapa masak lagi, sila tambah masa kukusan sehingga kek coklat itu masak sepenuhnya..

Cara-cara membuat Ganache

 Ø  Untuk cairkan coklat masakkan perlu menggunakan kaedah double boiler, pastu masukkan butter..kacau sampai larut..

 Ø  Pastu barulah tuangkan whipping cream..

 Ø  Apabila siap,boleh lah tuangkan atas kek..

 Ø  Letakkan kek atas redai [ atas jaring2 besi ]  pastu baru tuang coklat ganache..pastu pindahkan atas cake board..kalau tiada cake board letak lah   atas pinggan yang rata supaya senang dipotong..

 Ø  Sedia dihidangkan.. [ kalau nak hiaskan dengan buah-buahan @ whipping cream segera pun boleh ]

j
 Sekian. selamat mencuba =)

abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

Saturday 22 September 2012

resepi lasagna

sumber : kak ana 

terima kasih kak ana sebab sudi berkongsi banyak resepi dekat blog dia..kebanyakkan resepi aku tengok dari blog kak ana..sebab kak ana tunjukkan step by step apa yang berlaku sebelum..semasa..dan selepas..semua ada gambar dalam tu..so aku suka sangat2..aku salin resepi kak ana dan pegi beli barang2 yang nak buat of course la sama..seketol2 aku beli tawww..tapi aku takde lah nak amik gambar macam kak ana buat,sebab aku tak pro lagi..kang snap2 temasuk plk camera aku kat kuali..hahahha..



LASAGNA

Bahan-bahan A [ inti daging ]

1.  Lapisan Lasagna [ jenama SAN REMO ]
2.  14oz Sos Prego – Traditional [ botol kecik jew ]
3.  1 Tin cendawan butangdipotong dadu [ better beli Ayam Brand,kalau takde jenama ape2 bedal jew la..janji HALAL ]
4.  400gm Daging Cincang – [ kalau xde pakai daging kisar RAMLY pun boleh, tapi daging cincang lagi sodappp ]
5.  Serbuk Black Pepper & Serbuk Oregano
6.  1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dipotong dadu
7.  Keju Mozarella
8.  Keju Parmesan – [ kalau xde pun xpe,tapi kalau nak lebih cheese nya boleh lah letak parmesan ]
9.  1 sudu besar Sos Cili brand ikut suka lah..abby pakai Kimball [ kalau tak letak pun takpe ]
10. Garam secukup rasa
11. 4 sudu minyak olive oil / minyak masak biasa abby pakai olive oil jenama Filippo Berio “for frying, baking and roasting” jangan bedal je,sbb setiap minyak zaitun tu ada kegunaannya..kalau slh guna habis khasiat dlm minyak tu..just info dari abby =)

Bahan-bahan B [ sos putih ]

1.      2 sudu besar ButterCup – brand apa pun bedal je la..
2.      2 keping Keju Cheddar kalau nak lagi mudah,pakai 2keping keju cheesedale je..
3.      250ml susu full krim guna susu fresh milk pun boleh..
4.      2 sudu besar tepung gandum suka hati nak cap wau ke,kunci ke, janji tepung gandum kan..abby guna tepung 1 Malaysia..haha..
5.      Garam secukup rasa

** abby double kan bahan-bahan sos putih ni sbb kalau lebih lagi sedap Lasagna yg kita buat ni =)


Cara-cara membuat inti daging

1.      masukkan minyak serta bawang besar dan putih yang telah di potong dadu..kacau sehingga naik bau..[ wangi tau bau dia,haha ]
2.      setelah naik bau, masukkan daging cincang sampai daging tu bertukar kaler coklat a.k.a dah masak la kan..hehehe..
3.      pastu masukkan sos prego..masukkan semua sekali yaaa..jan nak sayang2 plk..hehehe..kacau lagi..smpi sebati dengan daging tadi..
4.      pastu masukkan serbuk black pepper, cendawan yang dipotong dadu…serbuk oregano dan sos cili..gaullllll..gaulll..hahaha..
5.      semua bahan dah masuk..tinggal garam je kan,so letak la ikut rasa mulut masing2 ya =) tutup api dan ketepikan kuali/periuk yang berisi inti daging ni..

**zaaassssss…….jom buat sos putih dia plk..of course kuali/periuk yang lain kan..senang dan cepat sikit..kalo pakai yang sama pun boleh jgk,tapi sila basuh dahulu kuali/periuk nya..

 Cara-cara membuat sos putih

1.      sila panaskan dengan api yang paling kecik skali..masukkan butter kacau sampai cair,jangan sampai masak sangat butter nya.
2.      dah cair butter tu,terus masukkan tepung gandum kacau cepat2 kemudian terus masukkan susu .kacau lagi..jangan berenti kacau sebab kita nak buat sos ya,nanti beketul-ketul sapa nak jawap..hahaha..
3.      pastu masukkan potongan keju cheddar dan terus mengacau..make sure 1 arah je la..kang 2,3arah pening plk kan..hehehe..
4.      kacau…dan kacau smpi keju cheddar tadi tu hilang dari pandangan,lebih kurang dah cair laaaa~ dan sos putih tu akan jadi likat sebab nya,sos tu dah sherasi bershame gituuuu..hehe..dan masukkan garam secukup rasa..kacauuuuu~ kacauuuuu~ dan boleh tutup api..

Cara-cara melapis lasagna

1.      abby pakai Loyang 7x7 punya..tapi kena pandai la sebab ngam2 jew..haha..nasib kurang baik time bakar tu minyak inti daging tu meleleh..tapi xde mslh pun..hehehe..
2.      ok,first skali sebelum nak melapis lasagna ni,lapisan dia tu perlu direndam dalam air suam supaya lapisan nya cepat lembut ketika dibakar nnt.rendam sikit2 la ya,sebab kita bukan nak guna 1kotak tu pun..dun be gelojoh ya..
3.      dah settle Loyang dan rendam lasagna tu..amik sos putih sedikit dan letak di Loyang tersebut,kemudian baru lah letak lapisan lasagna..
4.      selepas itu,letakkan pula inti daging..jangan tebal2 plk just sedang2 jew,sbb Loyang kita kecik jew kan..
5.      dan tuangkan sos putih pula,sila ratakan sos putih tu menggunakan senduk kayu atau spatula..abby pakai spatula lagi senang..kalau malas nak beli just pakai senduk kayu pun boleh..
6.      dan sekarang boleh la letakkan keju2 kita tadi..mozarella dahulu pastu pamersan plk..just tabur2 jew..
7.      selepas tu,mulakan balik dengan melapis lasagna dan seterusnya inti daging dan sos putih..x kira la,brape lapisan yg dapat make sure diats sekali mestilah sos putih dan keju..tapi kalo pakai Loyang mcm abby tu,dapat 2  lapisan jew..hahaha..
8.      make sure oven dipanaskan terlebih dahulu dengan 180’C…bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya..dalam 30-40minit jgk,bergantung pada jenis oven masing2..guna api atas bawah, dan letak rak tengah2..



Sekian.


Daripada
abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk






rasa nak tidur jew

Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..

hari sabtu yang cerah dan indah,sebab baru jew pas hujan dari petang semalam..nasib kL tak tenggelam..hahaha..bukan apa,hujan petang semalam bukan main lebat dan angin tiup macam nak terbang jew semua barang dan aku..walaupun aku berat kan tapi rasa je la..hahaha..kalau betul2 tak dapat nak kata la angin tu memang superb!! hehehe..tapi itu semua kuasa yang Maha Esa..


nak dijadikan cerita nye disini,niasa biasa lah kan malam2 aku jadi burung hantu,selalu tidur pukul 1.00am..tiba2 semalam tah apa mata ni tak nak tidur plk,orang cakap kalau hujan2 sedap tidur,tapi aku tak boleh tidur..hahaha..apa lagi aku pun bawak keluar senjata aku iaitu LAPTOP,hahahaha..apa lagi online laaa~~ wink**wink** dalam dok leka depan laptop tu,aku tak perasan dah kul 2.15am..oomakkk~ dengan segera aku shut down dan tidur..hahaha..




esok pagi...prrrgghhh!!! nak bangun,adooiiiii mengantuk nyaaaaaaaaa~ dalam hati ni memang malas dah nak g keje..tapi gagah kan jugak..huhuhu..so sekarang ni aku tengah mengantuk gilerrrrr!!! rasa nak tidur jew kat opis ni..zzzzzzzzzzzz~~

Friday 21 September 2012

penat + lapar

hadooooiiiiii~ balik-balik keje jew fikiran ni dok terbayang2 nak buat cheese tart..sebab hari tu aku buat cheese nya ada balance lagi dalam piping bag tu..so taknak lah letak lama2 nanti rugi jew tak boleh pakai..so,dengan tekat dan azam yang konon2 nye nak buat tu akhirnya tercapai jugak..tapi dok menggentel buat tapak tu punya lah ponat..hahahaha..siap nyamuk mengambil kesempatan lagi,hisap darah aku kat kaki,lengan dannnnnn pinggul aku..puuiiiii!!!! bukan main gatal lagi rasa nya..aku tengah menaip ni pun nyamuk ni dok gigit..ciitttttt!!! macam mana nak dok kampung ni..aku memang pantang nyamuk gigit..bukan nya alahan,tapi malas nak menggaru..hahahaha..boleh kan terima alasan tu???keh3

dalam dok buat tapak cheese tart tu,datang la plk masalah perut aku ni..kreeekkk krroookkk taannggg toonggg bukan main lapar lagi..sebab last makan kul 2ptg..sampai la balik rumah tengok tv dan buat kuih,lupa dah nak makan..tu yang tetiba kreeekkk krrookkk tu..hadooiiiii..oooo mak,cheq lapaq..hehehe..mengade je kan,bukan tak boleh masak pun..mak aku pun tak makan,katanya kalau lapar leh makan maggie..OMG,tak nak la aku makan maggie..nak nasikkkkk...hahaha..elok punya plan nak masak nasi pastu goreng..30minit pastu hilang plan tu tak taw pi mana..aku dah siap buat cheese tart dah..dok lepak punya syok depan tv tringat plk kat laptop,nak buat ape???nak on9 la cheq oiiiii...first skali,muka buku la apa lagi..hahaha..

dah penat2 buat kuih kan,muka buku la plk..dok godek2 muka buku tu.. tertengok,terpandang,terlihat smue ter la aku amik..nak tahu tak apa dia..aku tengok baju..hahahaha..apa lagi order la RM37 jew...bukan mahal pun..bukan main sronok lagi kan..elok jew pas order baju tu,baru aku teringat yang aku ni lapar..tak makan pape pun lagi..macam mana boleh lupa ni..hape pun cannot la aku ni..so sekarang ni dok menaip dalam keadaan mengantuk kepenatan + kelaparan tahap dewa..[maggie stok habis,bukan demand taknak mkn magiie ya]

so..gudnite all..zzzz~ [doa tido jgn lupa bace ya]

Thursday 13 September 2012

air kosong bagussss~

bila sebut jew pasal air kosong,mineral,apa2 yang tanpa perisa la kan..mesti kebanyakkan orang tak suka kan dengan air kosong ni..tapi itu lah ubat nye kalau nak tahu..sebab tu doctor selalu pesan kalau demam,batuk,selsema dan sewaktu dengan nya.."jangan lupa minum air suam ataupun kosong banyak2 supaya cepat sembuh.." sekurang-kurang nya 8gelas air..tapi aku minum 3Liter sehari..pastu ke toilet je la jawabnya..hahahaha..tapi tengok tempat dan keadaan la,kalau aku kat office memang takde masalh pun nak ke toilet,kalau keluar berjalan-jalan tu,aku kurang kan la sikit..tapi balik je rumah terus dengan botol kesayangan aku tu..hehehehe..

 tadaaaaaaa~ botol 2Liter aku..selalunya kalau kerja memang akan habis,silap2 siap tambah lagi air coway kat office aku ni..hehehe..

 snap dekat sikit,supaya korang dapat tengok..2000ml kan??? betul x??hehehehe..

pic ni kenapa aku snap ek..hahaha.. lupa dah sebab upload lambat..hehehe..rasanya aku baru minum sikit..tinggal lagi 800ml air perlu diminum..bukan apa pun,sebab air kosong ni boleh cuci buah pinggang kita taw,bagi bekilat gitu..so buah pinggang sihat,badan pun cergas,otak pun pintar..kah3..

renung-renungkan dan selamat berminum-minuman tanpa perisa ini =)

sebelum masuk bulan September 2012

yeeeaaahhhhhhhhhh!!!!!!!!!! shoping..shoping...hahahaha..anak sapa la ni..telonpat-lompat bila ajak pegi shoping..dengan harapan pegi shoping dengan membawa list supaya tidak lari bajet..konon nyeeeee~ la ya...hehehe..

tuuuu dia~ list barang la tuuuu..awat dok tesorok jaaa...hehehe..yela tak kan nak pi tunjuk dekat orang kot kan..dah macam orang jakun masuk market plk..tuuiiiih~ hehehe..aku suka pershoping di Carrefour & Giant..kalau barang banyak la..kalau tak banyak,dekat pasaraya depan umah aku tu pun layan jew..hehehe..

pilih punya pilih..aku suruh la mak aku pilih ayam dului nanti orang serbu licin ayam,lagu mana nak buat mihun sup nanti..hehehehe..mak aku pun pilih punya pilih dan beratur la..sat lagi makcik yang tudung purple tu,dia ingat ada share dengan Carrefour kot..hahaha..suka hati dia jew nak potong Q..deeyyyyyy~ makcik,sila beratur la..hahaha..tapi uncle yang tengah2 tu baik taw..hehehe..

tadaaaaaaaaaaaa~ dia la yang aku cari2..san remo~ nak bikin lasagna lor..hehehe..dah reti buat taw3..jangan jeles uoollssss~

haaaaaa...nampak tak,sikit sangat tu shoping nya..hahahaha..ayam mak aku balun sampai 3ekor..hambiiikkk ko~ maklum la,sdara mara datang..kusss smgt aku tengok..muat la kot peti ais aku tu..hahahahaha..ade plk terselit bag plastik FIRST LADY disitu..hehehe..pegi bli baju kurung jugak..huhuhuhu~kata mak aku nak g kenduri dan open house esok..hhahaha..

sekian sahaja cerita merapu aku ni..hahaha..baru terhegeh-hegeh nak upload..