Thursday 12 April 2012

semoga kemaafan diterima =)



macam mana nak mulakan ni..heemmm..kadang-kadang kan,kalau kita buat salah kemain susah laaaaaa nak mintak maaf dengan orang,itu kalau kita nampak silap kita la kan..kalau tak nampak tu lagi la wat dono jew..silap-silap ulang lagi kesilapan/kesalahan yang dibuat sebelum ni kan..tapi apa-apa pun,sekiranya kita ada melakukan kesilapan dengan orang lain/mak ayah/adik bradik/kawan-kawan/bf/gf dll, korang kan better mintak maaf la cepat-cepat..walaupun kesalahan itu datang nya dari dia atau kita..sebab nya,kalau kita mintak maaf bukan la bermakna kita yang bersalah..tetapi kita tak nak la perkara yang kecil dibesar-besarkan..betul tak?? sebab kadang-kadang kita ni ikut emosi yang teramat sangat..sama lah macam saya..tapi cepat je cool balik..hehehe..watpe la nak marah lama-lama kan,tak dapat apa pun..apa yang penting,bila kita dah marah tu,cepat-cepat la berzikir atau g la amik wuduk untuk bersolat sebab bagi ketenangan dalam hati tu dulu baru lah kita boleh buat keputusan dengan baik dan rasional..




tapi siapa yang dalam dunia ni takde perasaan MARAH,DENGKI,BUSUK HATI,atau lebih senang perasaan yang negetif-negetif..saya pun apa kurang nya,cepat je nak naik hangin..hahahaa..tapiiiiiiiii tak lama mana pun..cepat-cepat muhasabah diri sendiri..kalau kita rasa boleh share dengan mak/kawan-kawan/bf/gf or sesiapa sahaja lah untuk meringankan kemarahan kita,sila la berbuat begitu..kerana dengan perkongsian itu mungkin dapat kurangkan kemarahan dan dendam yang akan menjadi bila dipendam..sekiranya korang tak reti nak share dengan orang lain,korang boleh la tulis dalam diary korang..atlist korang dapat jugak luahkan..betul tak?? hehe..sekian sahaja cerita pada hari ini..ingattttt!! mintak maaf dan memaafkan orang lain akan membuatkan kita rasa tenang dan awet muda..SENYUM =)




kepada sesiapa yang mengenali saya..saya mohon sepuluh jari memohon maaf kepada korang sekiranya saya ada membuat salah atau terguris/tercalar/terkopek/terluka/terhiris dan semua ter-ter kar korang,harap di maafkan kesalahan saya..dan saya tak pernah nak berdendam dengan orang lain..


# NOTE - nak marah boleh tapi jangan lebih dari 4minit, ini kerana kalau lebih dari 4minit ianya akan menjadi DENDAM.

No comments:

Post a Comment