Thursday, 13 December 2012

parti di Bangi

first sekali nak cakap sorry sebab gambar kek Baskin Robbin tu tak sempat nak snap..orang kat situ macam tak pernah makan je ice cream tu kan..hahahha..ni cerita pasal birthday big boss mak aku kat bangi..bos mak aku cakap teringin laaaaaaa~ nak rasa BR nye cake kan,maklum la ice cream..hahaha..dah jemu makan Secret Recipe punya..konon...hahaha..

 ni lah box kek BR..nak buat apa pun tak boleh dah sebab dok riba kek ni..hahahha..tapi kat tangan aku ada 1 scoop ice cream lagi..kahkahkah..tq my cousin coz blanje..ouuchhh..

tadaaaaaaaa!!! flavour yang aku paling giler++ kalau nampak BR ni..jamoca almond fudge tau...sedap sangat3!!!

 ni diaaaaa...ni diaaa...nasi beriani at rumah bos mak aku..hahahaha..makan tak habis sebab sebelum tu nak bedal satayyyyyy..hehehehe...

nampak tak????hahahha..tak nampak maknenya dah masuk dalam perut ku ini..keh3..tapi memang sedap la catering nya...wowww~ but motif nya ialah ice cream BR tu ya..hahahaha..

sekian =)


abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

pergi cek mata =)

adooiiiiii...lama giler tak update blog aku ni..dah bersawang kot..hahaha..

ni la kedai yang aku dan family aku pergi

bila dah lama tak update maka keluar la cerita-cerita 3,4bulan lepas..hahaha..tak pe kan..janji share jgk dengan korang kan..hehehe...pasal mata yang di anugerahkan Allah  kepada kita..marilah kita sama-sama menjaganya..hehehehe..

 bila dah rabun of course la kena pergi cek kan..tapi aku tak rabun lagi,just temankan kakak ipar pergi beli spek n cek power mata tu..

menggatal je test..hahaha..tapi aku memang tak suka pakai spek..tapi kalo spek hitam suke..hahaha..

yang aku test tu,ini lah harga nye..hahaha..OMG!! pitam aku tengok..yang kakak ipar aku beli lupe nak snap pic..hehehe..tapi harga dia RM200++ jgk..


abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk 

Wednesday, 21 November 2012

dapat job baru

assalamualaikum..

aku dapat job baru..adooiiiii~ yang ni memang memeningkan kepala aku sikit, sebab memang kerja ni aku tak pernah buat pun..nak kata tak tahu tu tipu la kan..tapi kebanyakkan nya memang aku tak tahu setakat suku je yang aku pernah tolong member aku buat..

bila dah sampai ke tahap ni,memang seorang pun tak nak aku la yang kena buat..takpe sebab ilmu tu perlu untuk kita kan..so aku belajar dengan penuh kesabaran,sampai la demam2 uoolls..hahahaha..nak tahu tak aku kena buat ape????? TENDER...pitammmmm @_@

maklum lah,keje bukan bidang aku pun. tapi alhamdulliah dapat jugak lah belajar dengan gigihnya dan tak lupa kepada sifu aku, IZWAN yang banyak mengajar dengan penuh kesabaran..hahaha..kejap2 aku tanya,tanya lagi dan lagi..hahahaha..dah lah dia pun dok belajar kat tempat keje baru..aku pulak menyibuk dok tanya2..

tapi pape pun dia memang kawan yang terbaeeekkkkk la..tak kedekut ilmu langsung..thank you very much friend..tapi hujung bulan ni siap lah dia akan pulun aku kaw2 punya..hahahaha..its ok,nak belanje tarak hal laaaaa~ hahahahaha.. ok lah sampai di sini jew..aku de tender lagi ni nak kena buat.. [ maaf, semua yang berkaitan dengan syarikat adalah sulit ] harap maklum.



abbymucuk.blogspot.com / www.facebook.com/abbymucuk

Wednesday, 17 October 2012

baju pada majlis persandingan~

Assalamualaikum....salam sejahtera....

bila becerita pasal majlis-majlis perkahwinan ni..mestilah baju nak HOT je kan..maklumlah nak tunjuk menunjuk..hahaha..bahasa kasarnya BELAGAK..kahkahkah..tapi takpe la,bukan selalu pakai pun kan..yang penting bila pakai kita rasa selesa dan harga pun takde lah sampai rabak poket kan..pada kes beli baju sampai RM1000+ + tapi tak selesa..jangan lah macam tu ya..kalau aku simple jew,main bedal je baju kurung pape pun..hahaha..sebab pas kenduri terus zaassssss salin baju..

nak dijadikan cerita pada hari ini..aku ada jemputan majlis perkahwinan BFF aku kat johor bulan december nanti,so nak sama tema dengan dia aku pergi la cari kain kaler purple pekat..sebab dia pun bersanding pakai kaler purple..dah ngam sangat lah kan..macam aku pulak nak sanding..hahaha..

sebelum beli kain ela aku, BFF aku lagi sorang ni pun nak sama dengan aku jgk..aiiisshhh~ peah...peah..hahahaha..dia cakap jom kita pakai kaler sama..so aku pun beli kan dia kain dulu dan pos...kira-kira 2minggu lepas la..lepas tu kain aku semalam baru je beli dan arini nak pergi tempah dekat gombak..jauh x???aku duduk wangsa maju tempah dekat gombak..hahahaha..nasib tak tempah dekat johor..gila kauuuuu..tapi rasa-rasa nak buat kat sana sebab murah..hahahaha..

ok...ok...cite pasal baju aku lah kan..bila dah siap nanti aku nak jahit manik..wahhhhh!! rajin kauuuu..kata mak aku..hahahaha..haritu jahit pun sebelah lengan baju jew..kahkahkah..kali ni rajin la,sebab nak g kenduri BFF taw...lagi pun kain kosong jew,sebab tu aku perlu bersusah payah menjahit manik2 tersebut bagi mencantikkan baju aku di hari persandingan BFF ku nanti..tak gitu mak jemahhhhh...kata kooo~hahaha..

nak jahit lebih kurang macamni la..gambar copy paste dari blog bungatelur info =D

sekian sahaja cerita aku..tapi kalau dah pro aku leh lah amik tempahan kan..tu pun kalau aku jadi surirumah sepenuh masa..hahaha..buat duit oiiiii...tapi boleh juling mata jahit manik ni..sakit pinggang2 semua..hahahaha..takpelah,tak salah kalau kita ingin mencuba..dan terima kasih pada blog2 yang sudi kongsi ilmu berkaitan manik dan labuci..

usaha tangga kejayaan.. [ kalau tangga takde pergi jgk cari tangga tu,hahahaha ]

abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

Monday, 15 October 2012

cocktail so yummyyyyyy~


Sumber : my sister
Gambar : abbymucuk =)

Assalamualaikum….

First sekali kakak aku buat ni,yang dok serbu dulu of course lah anak2 buah aku kan..hahaha..masing2 makan nak telan buah2 jew..yang tinggal susu cair jew..hahahaha..ape pun xblh la dorg ni..bukan men licin lagi..kalau budak2 suka maknanya sedappppppppp la kan..sebab budak2 jujur..hehehe..jom tengok resepi dan gambar2 yang aku sempat snap..


gambar dari sisi..

Bahan-bahan nya ;

1 tin mix fruit cocktail - ikutlah nak beli yang mana 1,kat pasaraya banyak jenama..aku beli jenama HOSEN..


gambar dari google..

2 tin susu cair - abby pakai jenama F&N..nak pakai Ideal atau Marigold pun boleh..
1 mangkuk kecil/besar ais batu
1 sudu besar gula - jika perlu..abby tak letak..


Cara cara nya;

1. sangat simple untuk buat cocktail ni..buka semua tin-tin yang ada,kemudian masukkan kesemua sekali dalam 1 bekas yang korg nak letak cocktail ni..make sure bekas tu haruslah besar ya..sebab banyak tau..

2. dah masukkan semua,boleh la nak letak gula dan kacau bagi gula tu sekata dengan susu cair tadi..dan masukkan ais batu,kemudian boleh lah di hidangkan pada tetamu atau family korg..


sekian. selamat mencuba.


abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk


~ dadih strawberry ku ~


Sumber : tak ingat..just search di Goolge
Gambar : abbymucuk =)

Assalamualaikum….

blog aku ni asik dok sebut first time je kan..sebab memang semua first time aku buat sendiri..hahaha..sebelum ni melantak jew..so bila dah nak berumahtangga ni kena la belajar serba sedikit menu untuk sarapan..makan tengah hari..petang dan malam..tak gitu...hehehe..dapat husband yang tak cerewet senang la hidup..kalau yang cerewet boleh koma seminggu,kah3..tapi kalo dapat husband cerewet aku pegi beli kat kedai jew..kikikikiki~


dadih a.k.a agar2..hehehe..

Bahan-bahan nya ;

20gram agar-agar kering [ sebungkus ] - sila rendam dulu dalam 15minit @ guna serbuk agar-agar pun boleh juga..
600ml susu strawberry - kalau nak lembik lagi boleh tambah sehingga 1liter.
1liter air
1cawan Gula
Buah-buahan [ buah apa pun boleh ] - strawberry, Laici, peach dll..
Perasa / essence [ kalau nak buat dadih pisang, pakai banana essence, kalau nak buat dadih manga,pakai mango essence ,dll ] - jika guna strawberry essence letak sikit je..tapi kalau dah guna susu strawberry, tak payah lah pakai essence ni pun takpe..

Cara-cara nya ;

1. mula-mula masakkan air dan gula sampai gula tersebut hancur..

2. masukkan susu strawberry dan agar-agar yang telah direndamkan tadi..

3. masakan sampai agar-agar hancur, tutup api dan kemudian tapiskan dan isi ke dalam bekas kecil atau dalam satu Tupperware besar..biarkan sebentar sehingga sejuk..kemudian agak2 dadih nak mengeras [ tapi masih lembik ] - masukkan potongan buah-buahan [ taknak letak pun takpe ]

4. masukkan ke dalam peti ais dan tunggu hingga ia mengeras dan sejuk sebelum dihidangkan..boleh dimakan bersama sos kastad atau susu manis ataupun taburan milo..ikut citrasa korang..

selamat mencuba =) 

abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk 

ayam masak merah sarawak

Sumber : Kak Rosmah
Gambar : abbymucuk =)

Assalamualaikum….

First mekasih pada kak ros yang banyak membebel kat aku..hahahhaa..bukan membebel apa,kak ros suka share ilmu dan cerita a.k.a bergosip…hehehehe..so selalu yang menghuru-harakan office kak ros la..tapi kalau takde dia sunyi plk kan..ok berbalik pada resepi ayam masak merah Sarawak kita ya..jommmm baca,salin,faham dan buat lahhhhh~ tak kan tengok jew…hehehehe..


ayam yang masih panas di dalam kuali =D

Bahan-bahan nya ;

1 ekor ayam @ separuh [ ikut keperluan ya, abby buat separuh sahaja ] 
* 3 @ 2 biji Bawang besar
* 1 biji Bawang putih
* 2 @ 3 inci Halia
* 3 Batang Serai [ seikat serai ]
1 Botol Cili sos - [ ikut citarasa korg, abby guna separuh sahaja ]
Sedikit garam dan gula - [ ikut citarasa korg la ya ]

kesemua bahan yang bertanda * perlu di blend sekaligus..

Cara-caranya ;

1. goreng ayam terlebih dahulu [ jangan terlalu masak sgt ] kemudian angkat dan letak tepi..

2. pada kuali yang sama, kurangkan minyak tadi dan boleh lah tumis bahan-bahan yang di blend sekaligus tu sehingga pecah minyak..

3. dan masukkan gula, garam dan cili sos..kacau dan kacau..

4. apabila siap..boeh lah masukkan ayam yang telah di goreng tadi..gaul  dan gaul sampai bahan yang di tumis tadi sebati dgn ayam..

5. sedia dihidangkan =) selamat mencuba..



ni gambar yang di zoom..hahaha..sedappppp~


abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

Friday, 12 October 2012

ikut mood =D

ketiadaan mood yang selalu tidak menentu..hahahahaha...biasa lah orang perempuan, kadang2 ok kadang2 tak ok..kadang2 lemah kepala lutut aku ni nak menaip dan mengadap mr. Q [ lappy ] ataupun pc di office...huhuhu..pape pun aku akan update 5 resepi yang aku dah lama buat bulan lepas dan 2bulan lepas...hahahah..achane tuuuuu~ dah clear di luar dan di dalam perut ku..hihihihi.. tunggu kedatangan resepi dari blog abbymucuk ya =)

Thursday, 27 September 2012

sayangi mata anda

Assalamualaikum..


 gambar copy dari google

aku nak becerita topik kanta lekap yang ala-ala K-POP daripada KOREA tu..sebab baru-baru ni dekat berita TV3 ada keluar dan di myMetro pun ada juga..agak-agak nya kalau ada sesiapa memakai kanta lekap yang berbunga-bunga dan bercorak-corak tu TOLONG HENTIKAN!!! kerana mata kita yang di anugerahkan oleh TUHAN adalah yang sempurna dan cantik..



 gambar copy dari google


pada entri yang di bawah ini pula,Sumber daripada blog kak ros ..


Banyak orang suka pakai KANTA lekap ni...ada yang pakai pasai rabun dan ada yang pakai untuk nampak cantik...Kita nak pakai apa pun mesti lah kena tau cara2 dan penjagaannya betoi...Kualitinya dan kebersihannya pun amat penting supaya mata kita selamat daripada perkara2 yang tak diingini....




Kanta lekap adalah kanta yang dipakai terus pada mata bagi memperbetulkan kecacatan refraksi.



Terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu keras, separa keras dan lembut. Bagi kanta lekap
keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satu lapisan cecair air mata. Kanta lekap
lembut, ia hampir bersentuhan atau melekap pada lapisan epitelium kornea mata. 

KEGUNAAN KANTA LEKAP


1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata. 

2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.

3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.

RISIKO KANTA LEKAP
 

Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.

Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1- IRITASI

Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.

Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

2 - PENGURANGAN OKSIGEN

Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.

Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.

3 - MATA MERAH

Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.

Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAP

1 SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.

Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.

Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

2 ALAHAN

Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.

Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.

Rawatan: 
Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

3 KERATOCONJUNCTIVITIS SICCA / SINDROM MATA KERING

Timbulnya bintik (keratitis) kronik pada kornea bawah. Komplikasi ini disebabkan oleh perembesan air mata pemakai yang tidak mencukupi.

Gejala: Mata rasa seperti terbakar, air mata sering keluar dan cairan di mata berlebihan.

Rawatan: Suplemen air mata atau menggantikan kanta. Sekiranya tidak berhasil, hentikan pemakaiannya.

4 KORNEAL EDEMA
Cairan dalam kornea menjadi berlebihan sehingga menimbulkan stres pada kornea, biasanya disebabkan oleh mata kekurangan oksigen.

Gejala: Photophobia, penglihatan menjadi kelam, mata merah dan tidak selesa semasa kanta lekap ditanggalkan. Pembuluh darah kelihatan lebih jelas dan timbul superficial punctate keratitis.

Rawatan: Menambah oksigen pada mata. Kurangkan atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

5 INFILTRATES

Keradangan pada jaringan mata disebabkan oleh kanta lekap yang kurang bersih, oksigen yang kurang, tindak balas alahan hingga menimbulkan jangkitan.

Gejala: Biasanya, ia kelihatan seperti sekelompok sel berwarna putih. Penglihatan berkurang, mata merah, photophobia dan timbul bintik putih di mata.

Rawatan: Komplikasi ini diatasi dengan menghindari pemakaian kanta lekap, kerap menggantikan kanta lekap, mengambil antibiotik/steroid dan memberikan penekanan terhadap cara pembersihan kanta lekap.

6 JANGKITAN

Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.

Gejala:
 Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.

Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.

7 MICROBIAL KERATITIS

Microbial keratitis terjadi apabila organisme berbahaya seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus masuk ke dalam kornea mata hingga mengakibatkan pembengkakkan.

Gejala: Sakit pada mata, photophobia, air mata berlebihan, mata merah, dan penglihatan berkurang. Jika sudah parah, mata mengeluarkan nanah.

Rawatan: Terapi antibiotik, penggantian kanta lekap.

8 VASKULARISASI KORNEA

Vaskularisasi kornea adalah pembentukan pembuluh darah dalam jaringan avaskular (kornea). Seringkali disebabkan oleh kekurangan oksigen oleh pemakaian kanta lekap yang terlampau ketat.

Gejala: 
Kurang penglihatan serta timbul pembuluh darah di kornea.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta lekap atau menggantikannya dengan kanta lensa yang menyokong oksigen sepenuhnya.

9 GIANT PAPILLARY CONJUNCTIVITIS (GPC)

GPC adalah keradangan papilari pada kelopak atas mata. Penyebabnya masih belum diketahui hingga kini walau ada yang mengaitkannya dengan pemakaian kanta yang berpanjangan.

Gejala: Gatal-gatal, penglihatan berkurang, kanta lebih banyak bergerak-gerak, tidak boleh memakai kanta biasa dan kelopak mata membengkak.

Rawatan: Kurangkan pemakaian kanta, menjaram air dingin, berjumpa doktor mata dengan segera.

Justeru, pencegahan dari timbulnya komplikasi akibat pemakaian kanta lekap adalah jauh lebih baik daripada mengubati.

Setiap individu yang memakai kanta lekap berpotensi mengalami komplikasi-komplikasi yang disenaraikan sekiranya penjagaan kanta lekap dipandang remeh.

Oleh itu, kekerapan membersihkan kanta lekap serta jangka masa pemakaiannya sebagaimana yang disarankan perlulah dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemungkinan. Sayangilah mata anda….

TIPS MEMBERSIH KANTA LEKAP

1. Cuci tangan bersih-bersih dan keringkannya terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap.

2. Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan

3. Jangan sembarangan memakai larutan pembersih kerana produk pembersih yang tidak tepat dapat membahayakan mata

4.
 Sewaktu membersih kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan

5.
 Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang sedia mengandungi agen pembasmi kuman atau disinfektan 

6. Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.


abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

Sunday, 23 September 2012

resepi kek coklat moist

seperti biasa..aku salin resepi ni dari kak ana..terima kasih sebab sudi share ilmu pada semua orang..





KEK COKLAT MOIST (KUKUS)

Bahan-bahan kek coklat ;
1.  * 2 cawan tepung gandum jenama ikut suka,abby pakai tepung 1 Malaysia jew..
    2.   * 2 cawan serbuk koko jenama Van Houten
    3.   * 1 sudu kecil baking powder
    4.   * 1 sudu kecil soda of bicarbonate abby letak ½ sudu kecil shj
    5.   1 ½ buttercup [ 250gm buttercup + 125gm buttercup ]
    6.   1 tin susu cair jenama IDEAL
    7.   2 cawan gula kastor bukan gula yang buat air tu ya..
    8.   1 sudu kecil esen vanilla
    9.   4 biji telur [ kalau telur besar guna 3 biji shj ]
  10.   1 sudu kecil coklat emulco [ kalau xde pun xpe ]

# Semua bahan yang bertanda * haruslah di ayak dahulu dan letakkan dalam 1 bekas yg sme…

Bahan-bahan membuat ganache ;

    1.   300gm coklat masakan – abby letak 250gm jew..
    2.   150ml whipping cream – jenama UHT / Emborg
    3.   1 sudu besar buttercup

    Bahan Hiasan : Coklat rice secukupnya


Cara-cara menyediakan kek coklat ;

 v  Sediakan periuk dan panaskan,sila guna api kecil @ sederhana,dan abby gunakan senduk kayu..masukkan 1 ½ buttercup,kacau sehingga butter tu larut..

 v  Setelah itu,masukkan susu cair..dalam masa yang sama teruskan mengacau..setelah sebati,sila masukkan gula kastor plk..kacau sehingga sebati =)

 v  Kemudian masukkan esen vanilla dan coklat emulco..kacau sebati,tutup api dan letakkan ditepi dahulu..

 v  Dekat bekas/mangkuk/cawan sila ketuk telur tersebut..jangan ketuk telur beriya sangat macam nak buat telur dadar tu,hanya sekadar Nampak kembang shj..kemudian tuangkan sedikit2 ke dalam periuk tadi..

 v  Masukkan tepung2 yang di ayak tadi [ tepung gandum + serbuk koko + soda bicarbonate + baking powder ] ke dalam periuk tadi dengan mengambil sedikit2 tepung ke dalam adunan dan gaul dengan whisker..buat begitu sehingga tepung tersebut habis..kacau sebati..

 v  Panaskan terlebih dahulu kukus tu,pastikan air mencukupi..setelah itu boleh la letakkan adunan yang telah di gaul dengan sebati tadi dalam Loyang [ abby guna Loyang bulat 7” ,jadi terpaksa buat 2x ] buh adunan tu dalam ½ daripada Loyang tersebut kerana kek ni akan naik tinggi..dan sila balut dengan aluminum foil pada Loyang tersebut @ balut pada tutup kukus tu dengan kain, bagi mengelakkan wap air kukus tu termasuk pada kek..

 v  Kukus mengambil masa dalam 1 jam @ lebih..sekiranya selepas 1 jam tadi kek tak berapa masak lagi, sila tambah masa kukusan sehingga kek coklat itu masak sepenuhnya..

Cara-cara membuat Ganache

 Ø  Untuk cairkan coklat masakkan perlu menggunakan kaedah double boiler, pastu masukkan butter..kacau sampai larut..

 Ø  Pastu barulah tuangkan whipping cream..

 Ø  Apabila siap,boleh lah tuangkan atas kek..

 Ø  Letakkan kek atas redai [ atas jaring2 besi ]  pastu baru tuang coklat ganache..pastu pindahkan atas cake board..kalau tiada cake board letak lah   atas pinggan yang rata supaya senang dipotong..

 Ø  Sedia dihidangkan.. [ kalau nak hiaskan dengan buah-buahan @ whipping cream segera pun boleh ]

j
 Sekian. selamat mencuba =)

abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk

Saturday, 22 September 2012

resepi lasagna

sumber : kak ana 

terima kasih kak ana sebab sudi berkongsi banyak resepi dekat blog dia..kebanyakkan resepi aku tengok dari blog kak ana..sebab kak ana tunjukkan step by step apa yang berlaku sebelum..semasa..dan selepas..semua ada gambar dalam tu..so aku suka sangat2..aku salin resepi kak ana dan pegi beli barang2 yang nak buat of course la sama..seketol2 aku beli tawww..tapi aku takde lah nak amik gambar macam kak ana buat,sebab aku tak pro lagi..kang snap2 temasuk plk camera aku kat kuali..hahahha..



LASAGNA

Bahan-bahan A [ inti daging ]

1.  Lapisan Lasagna [ jenama SAN REMO ]
2.  14oz Sos Prego – Traditional [ botol kecik jew ]
3.  1 Tin cendawan butangdipotong dadu [ better beli Ayam Brand,kalau takde jenama ape2 bedal jew la..janji HALAL ]
4.  400gm Daging Cincang – [ kalau xde pakai daging kisar RAMLY pun boleh, tapi daging cincang lagi sodappp ]
5.  Serbuk Black Pepper & Serbuk Oregano
6.  1 biji bawang besar & 5 ulas bawang putih dipotong dadu
7.  Keju Mozarella
8.  Keju Parmesan – [ kalau xde pun xpe,tapi kalau nak lebih cheese nya boleh lah letak parmesan ]
9.  1 sudu besar Sos Cili brand ikut suka lah..abby pakai Kimball [ kalau tak letak pun takpe ]
10. Garam secukup rasa
11. 4 sudu minyak olive oil / minyak masak biasa abby pakai olive oil jenama Filippo Berio “for frying, baking and roasting” jangan bedal je,sbb setiap minyak zaitun tu ada kegunaannya..kalau slh guna habis khasiat dlm minyak tu..just info dari abby =)

Bahan-bahan B [ sos putih ]

1.      2 sudu besar ButterCup – brand apa pun bedal je la..
2.      2 keping Keju Cheddar kalau nak lagi mudah,pakai 2keping keju cheesedale je..
3.      250ml susu full krim guna susu fresh milk pun boleh..
4.      2 sudu besar tepung gandum suka hati nak cap wau ke,kunci ke, janji tepung gandum kan..abby guna tepung 1 Malaysia..haha..
5.      Garam secukup rasa

** abby double kan bahan-bahan sos putih ni sbb kalau lebih lagi sedap Lasagna yg kita buat ni =)


Cara-cara membuat inti daging

1.      masukkan minyak serta bawang besar dan putih yang telah di potong dadu..kacau sehingga naik bau..[ wangi tau bau dia,haha ]
2.      setelah naik bau, masukkan daging cincang sampai daging tu bertukar kaler coklat a.k.a dah masak la kan..hehehe..
3.      pastu masukkan sos prego..masukkan semua sekali yaaa..jan nak sayang2 plk..hehehe..kacau lagi..smpi sebati dengan daging tadi..
4.      pastu masukkan serbuk black pepper, cendawan yang dipotong dadu…serbuk oregano dan sos cili..gaullllll..gaulll..hahaha..
5.      semua bahan dah masuk..tinggal garam je kan,so letak la ikut rasa mulut masing2 ya =) tutup api dan ketepikan kuali/periuk yang berisi inti daging ni..

**zaaassssss…….jom buat sos putih dia plk..of course kuali/periuk yang lain kan..senang dan cepat sikit..kalo pakai yang sama pun boleh jgk,tapi sila basuh dahulu kuali/periuk nya..

 Cara-cara membuat sos putih

1.      sila panaskan dengan api yang paling kecik skali..masukkan butter kacau sampai cair,jangan sampai masak sangat butter nya.
2.      dah cair butter tu,terus masukkan tepung gandum kacau cepat2 kemudian terus masukkan susu .kacau lagi..jangan berenti kacau sebab kita nak buat sos ya,nanti beketul-ketul sapa nak jawap..hahaha..
3.      pastu masukkan potongan keju cheddar dan terus mengacau..make sure 1 arah je la..kang 2,3arah pening plk kan..hehehe..
4.      kacau…dan kacau smpi keju cheddar tadi tu hilang dari pandangan,lebih kurang dah cair laaaa~ dan sos putih tu akan jadi likat sebab nya,sos tu dah sherasi bershame gituuuu..hehe..dan masukkan garam secukup rasa..kacauuuuu~ kacauuuuu~ dan boleh tutup api..

Cara-cara melapis lasagna

1.      abby pakai Loyang 7x7 punya..tapi kena pandai la sebab ngam2 jew..haha..nasib kurang baik time bakar tu minyak inti daging tu meleleh..tapi xde mslh pun..hehehe..
2.      ok,first skali sebelum nak melapis lasagna ni,lapisan dia tu perlu direndam dalam air suam supaya lapisan nya cepat lembut ketika dibakar nnt.rendam sikit2 la ya,sebab kita bukan nak guna 1kotak tu pun..dun be gelojoh ya..
3.      dah settle Loyang dan rendam lasagna tu..amik sos putih sedikit dan letak di Loyang tersebut,kemudian baru lah letak lapisan lasagna..
4.      selepas itu,letakkan pula inti daging..jangan tebal2 plk just sedang2 jew,sbb Loyang kita kecik jew kan..
5.      dan tuangkan sos putih pula,sila ratakan sos putih tu menggunakan senduk kayu atau spatula..abby pakai spatula lagi senang..kalau malas nak beli just pakai senduk kayu pun boleh..
6.      dan sekarang boleh la letakkan keju2 kita tadi..mozarella dahulu pastu pamersan plk..just tabur2 jew..
7.      selepas tu,mulakan balik dengan melapis lasagna dan seterusnya inti daging dan sos putih..x kira la,brape lapisan yg dapat make sure diats sekali mestilah sos putih dan keju..tapi kalo pakai Loyang mcm abby tu,dapat 2  lapisan jew..hahaha..
8.      make sure oven dipanaskan terlebih dahulu dengan 180’C…bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya..dalam 30-40minit jgk,bergantung pada jenis oven masing2..guna api atas bawah, dan letak rak tengah2..



Sekian.


Daripada
abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk