Monday, 15 October 2012

~ dadih strawberry ku ~


Sumber : tak ingat..just search di Goolge
Gambar : abbymucuk =)

Assalamualaikum….

blog aku ni asik dok sebut first time je kan..sebab memang semua first time aku buat sendiri..hahaha..sebelum ni melantak jew..so bila dah nak berumahtangga ni kena la belajar serba sedikit menu untuk sarapan..makan tengah hari..petang dan malam..tak gitu...hehehe..dapat husband yang tak cerewet senang la hidup..kalau yang cerewet boleh koma seminggu,kah3..tapi kalo dapat husband cerewet aku pegi beli kat kedai jew..kikikikiki~


dadih a.k.a agar2..hehehe..

Bahan-bahan nya ;

20gram agar-agar kering [ sebungkus ] - sila rendam dulu dalam 15minit @ guna serbuk agar-agar pun boleh juga..
600ml susu strawberry - kalau nak lembik lagi boleh tambah sehingga 1liter.
1liter air
1cawan Gula
Buah-buahan [ buah apa pun boleh ] - strawberry, Laici, peach dll..
Perasa / essence [ kalau nak buat dadih pisang, pakai banana essence, kalau nak buat dadih manga,pakai mango essence ,dll ] - jika guna strawberry essence letak sikit je..tapi kalau dah guna susu strawberry, tak payah lah pakai essence ni pun takpe..

Cara-cara nya ;

1. mula-mula masakkan air dan gula sampai gula tersebut hancur..

2. masukkan susu strawberry dan agar-agar yang telah direndamkan tadi..

3. masakan sampai agar-agar hancur, tutup api dan kemudian tapiskan dan isi ke dalam bekas kecil atau dalam satu Tupperware besar..biarkan sebentar sehingga sejuk..kemudian agak2 dadih nak mengeras [ tapi masih lembik ] - masukkan potongan buah-buahan [ taknak letak pun takpe ]

4. masukkan ke dalam peti ais dan tunggu hingga ia mengeras dan sejuk sebelum dihidangkan..boleh dimakan bersama sos kastad atau susu manis ataupun taburan milo..ikut citrasa korang..

selamat mencuba =) 

abbymucuk.blogspot.com & www.facebook.com/abbymucuk 

No comments:

Post a Comment