terima kasih kak ana sebab sudi berkongsi banyak resepi dekat blog dia..kebanyakkan resepi aku tengok dari blog kak ana..sebab kak ana tunjukkan step by step apa yang berlaku sebelum..semasa..dan selepas..semua ada gambar dalam tu..so aku suka sangat2..aku salin resepi kak ana dan pegi beli barang2 yang nak buat of course la sama..seketol2 aku beli tawww..tapi aku takde lah nak amik gambar macam kak ana buat,sebab aku tak pro lagi..kang snap2 temasuk plk camera aku kat kuali..hahahha..
LASAGNA
Bahan-bahan A [ inti
daging ]
1. Lapisan
Lasagna
[ jenama SAN REMO ]
2. 14oz
Sos Prego – Traditional [ botol kecik jew
]
3. 1
Tin cendawan butang – dipotong dadu [ better
beli Ayam Brand,kalau takde jenama ape2 bedal jew la..janji HALAL ]
4. 400gm
Daging Cincang – [ kalau xde pakai daging
kisar RAMLY pun boleh, tapi daging cincang lagi sodappp ]
5. Serbuk
Black Pepper & Serbuk Oregano
6. 1
biji bawang besar & 5 ulas bawang putih – dipotong dadu
7. Keju
Mozarella
8. Keju
Parmesan –
[ kalau xde pun xpe,tapi kalau nak lebih
cheese nya boleh lah letak parmesan ]
9. 1
sudu besar Sos Cili – brand ikut suka
lah..abby pakai Kimball [ kalau tak letak pun takpe ]
10. Garam secukup rasa
11. 4 sudu minyak olive oil / minyak masak biasa – abby pakai olive oil jenama Filippo
Berio “for frying, baking and roasting” jangan bedal je,sbb setiap minyak
zaitun tu ada kegunaannya..kalau slh guna habis khasiat dlm minyak tu..just
info dari abby =)
Bahan-bahan B [ sos
putih ]
1.
2 sudu besar ButterCup –
brand apa pun bedal je la..
2.
2 keping Keju Cheddar – kalau nak lagi mudah,pakai 2keping keju cheesedale je..
3.
250ml susu full krim – guna susu fresh milk pun boleh..
4.
2 sudu besar tepung
gandum –
suka hati nak cap wau ke,kunci ke, janji
tepung gandum kan ..abby
guna tepung 1 Malaysia ..haha..
5.
Garam secukup rasa
** abby
double kan bahan-bahan
sos putih ni sbb kalau lebih lagi sedap Lasagna yg kita buat ni =)
Cara-cara membuat inti daging
1.
masukkan minyak serta bawang besar dan putih yang telah di
potong dadu..kacau sehingga naik bau..[ wangi tau bau dia,haha ]
2.
setelah naik bau, masukkan daging cincang sampai daging tu
bertukar kaler coklat a.k.a dah masak la kan ..hehehe..
3.
pastu masukkan sos prego..masukkan semua sekali yaaa..jan
nak sayang2 plk..hehehe..kacau lagi..smpi sebati dengan daging tadi..
4.
pastu masukkan serbuk black pepper, cendawan yang dipotong
dadu…serbuk oregano dan sos cili..gaullllll..gaulll..hahaha..
5.
semua bahan dah masuk..tinggal garam je kan ,so letak la ikut rasa mulut masing2 ya
=) tutup api dan ketepikan kuali/periuk yang berisi inti daging ni..
**zaaassssss…….jom
buat sos putih dia plk..of course kuali/periuk yang lain kan ..senang dan cepat sikit..kalo pakai yang
sama pun boleh jgk,tapi sila basuh dahulu kuali/periuk nya..
Cara-cara membuat sos putih
1.
sila panaskan dengan api yang paling kecik skali..masukkan
butter kacau sampai cair,jangan sampai masak sangat butter nya.
2.
dah cair butter tu,terus masukkan tepung gandum kacau
cepat2 kemudian terus masukkan susu .kacau lagi..jangan berenti kacau sebab
kita nak buat sos ya,nanti beketul-ketul sapa nak jawap..hahaha..
3.
pastu masukkan potongan keju cheddar dan terus
mengacau..make sure 1 arah je la..kang 2,3arah pening plk kan ..hehehe..
4.
kacau…dan kacau smpi keju cheddar tadi tu hilang dari
pandangan,lebih kurang dah cair laaaa~ dan sos putih tu akan jadi likat sebab
nya,sos tu dah sherasi bershame gituuuu..hehe..dan masukkan garam secukup
rasa..kacauuuuu~ kacauuuuu~ dan boleh tutup api..
Cara-cara melapis lasagna
1.
abby pakai Loyang 7x7
punya..tapi kena pandai la sebab ngam2 jew..haha..nasib kurang baik time bakar
tu minyak inti daging tu meleleh..tapi xde mslh pun..hehehe..
2.
ok,first skali sebelum nak melapis lasagna ni,lapisan dia
tu perlu direndam dalam air suam supaya lapisan nya cepat lembut ketika dibakar
nnt.rendam sikit2 la ya,sebab kita bukan nak guna 1kotak tu pun..dun be gelojoh
ya..
3.
dah settle Loyang dan
rendam lasagna tu..amik sos putih sedikit dan letak di Loyang
tersebut,kemudian baru lah letak lapisan lasagna..
4.
selepas itu,letakkan pula inti daging..jangan tebal2 plk
just sedang2 jew,sbb Loyang kita kecik jew kan ..
5.
dan tuangkan sos putih pula,sila ratakan sos putih tu
menggunakan senduk kayu atau spatula..abby pakai spatula lagi senang..kalau
malas nak beli just pakai senduk kayu pun boleh..
6.
dan sekarang boleh la letakkan keju2 kita tadi..mozarella
dahulu pastu pamersan plk..just tabur2 jew..
7.
selepas tu,mulakan balik dengan melapis lasagna dan
seterusnya inti daging dan sos putih..x kira la,brape lapisan yg dapat make
sure diats sekali mestilah sos putih dan keju..tapi kalo pakai Loyang mcm abby tu,dapat 2 lapisan jew..hahaha..
8.
make sure oven dipanaskan terlebih dahulu dengan 180’C…bakar
sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya..dalam 30-40minit
jgk,bergantung pada jenis oven masing2..guna api atas bawah, dan letak rak tengah2..
Sekian.
Daripada
abbymucuk.blogspot.com
& www.facebook.com/abbymucuk
No comments:
Post a Comment