Assalamualaikum ..
Korang mesti nak tahu kan bila baca je tajuk post kali ni..sebelum balik kampung kan saya dah merasakan demam dan tidak bermaya je badan-badan ni..tapi saya hanya fikirkan yang demam biasa sahaja..tetapi sewaktu saya berasa di kampung halaman saya,ianya seakan telah hilang dan saya mampu tersenyum dengan riang sekali..cukup lah 4 hari berada di kampung halaman ku di Kedah, saya pun pulang lah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan rutin harian..nak dipendekan cerita, pada hari Khamis bersamaan 04 Mei 2012..selepas sahaja saya habis waktu pejabat,saya merasakan yang badan saya lenguh-lenguh dan seolah-olah tidak bermaya untuk berjalan pulang ke rumah..tetapi saya gagah kan jua kerana pada hari itu cuaca seakan mendung dan akan menaburkan butir-butiran jernih nya itu..dengan pantas nya saya menahan teksi dan pulang ke rumah..Alhamdulillah selamat sampai ke rumah..
pada hari jumaat bersamaan 05 Mei 2012, saya tidak mampu untuk ke pejabat kerana demam yang teramat sangat..pada masa itu saya masih lagi terfikir itu adalah demam biasa sahaja..mungkin musim ataupun kerana saya tidak tahan pada sinaran matahari yang amat terik..mama mengajak untuk ke klinik tetapi saya tidak berdaya untuk berjalan..kerana tidak mahu menyusahkan mama,saya cakap esok-esok je lah saya pergi.. Masuk pula hari baru hari Sabtu 06 Mei 2012 dimana,badan terasa sudah hilang panas nya dan hanya batuk dan selesema sahaja, jadi memang lah peluang untuk ke klinik itu tidak akan ku pergi..hihihihi..tetapiiiiiiiiiiiiii.....tanggal 07 Mei 2012 hari Ahad, panas yang teramat sangat telah menghantui pemikiran ini..saya segera ke klinik dan klinik swasta itu memberitahu yang panas badan saya ialah 39darjah..OMG!!! saya amat takut pada masa itu..pada masa itu demam saya adalah yang paling tinggi dan yang paling lama berbanding dengan sebelum ini..dokter sekadar memberi ubat dan menasihati sahaja..
pada keesokan hari nya..saya rasa badan masih lagi panas dan saya dayakan jua kaki ini melangkah ke pejabat kerana ada urusan kerja yang perlu disiapkan..saya datang dalam 2jam sahaja dan saya terus memberitahu bos dept. saya supaya membenarkan saya untuk ke klinik kerajaan pula..nak diringkaskan lagi cerita ini,dokter cek panas badan saya masih lagi 39darjah,batuk,selsema dan tekak agak merah..selepas cek darah,dokter mengesahkan bahawa dalam darah saya terdapat kuman..saya berharap yang kuman tersebut tidak banyak dan dengan ubat-ubatan yang dokter bagi dapatlah kuman itu dicegah dengan secepat mungkin..kerana kuman itu akan membahayakan paru-paru saya dan sekaligus organ-organ badan yang lain..sampai ke hari ini pun saya masih makan ubat antibiotik untuk mengembalikan tenaga dan bebas daripada kuman.apa yang penting adalah,minum air suam/masak banyak-banyak.. =)
No comments:
Post a Comment